Wednesday, 7 December 2011

SAINS TAHUN 5 MIKROORGANISMA

Apakah itu mikroorganisma?

1. Mikroorganisma adalah benda hidup yang kecil dan hanya boleh dilihat struktur nya melalui Mikroskop


2. Terdapat 4 jenis mikroorganisma yang perlu diketahui dalam topik ini iaitu :-

  • Bakteria
  • Virus 
  • Fungi
  • Protozoa
3. Mikroorganisma hidup di semua bahagian biosfera yang memiliki air cecair, termasuk:
  • tanihmata air panas, dasar lautan;
  • atmosfera di atas; dan
  • batu-batu di dalam kerak bumi.

4.Mikroorganisma sangat penting kepada pengitaran semula nutrien di dalam ekosistem kerana ia bertindak sebagai pereput. Oleh sebab sesetengah mikroorganisma berupaya mengikat nitrogen, ia juga merupakan sebahagian yang penting kepada kitar nitrogen, dengan kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa mikrob bawaan udara mungkin memainkan peranan yang penting dalam kerpasandan cuaca.

Bakteria 

1.Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya.

2.Saiz bakteria adalah antara 0.5 - 10 mikron

3.Bakteria ialah organisma yang sangat kecil.

4.Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya.

5.Bakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga.

6.Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang mencukupi.
7.Bakteria membiak sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor.
8.Kebanyakan bakteria tidak bebahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya.
9.Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman.

Struktur am sel bakteria


Virus
1.Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya.
2.Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria.

3.Terdapat tiga jenis bentuk virus iaitu rod, berudu dan sfera.

4.Saiz virus adalah antara 0.002 - 0.4 mikron.

5.Sifat virus:
  • Hanya boleh hidup dalam sel hidup - semua virus adalah parasit.
  • Di luar sel hidup, virus membentuk hablur.
  • Virus tidak makan, berkumuh, bernafas atau bergerak balas.
6.Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.

Pelbagai bentuk virus


Fungi

1.Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma.

2.Fungi hidup di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita.

3.Fungi membiak daripada spora.

4.Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi.

5.Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop.

6.Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Walau bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.


Protozoa
1.Merupakan mikroorganisma yang terbesar

2.Saiz - antara 5 - 520 mikron.

3.Protozoa ialah organisma akuatik.

4.Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.


Pelbagai jenis protozoa



RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN KSSR TAHUN 1





 

Sunday, 4 December 2011

KATA KERJA


A. Kata Kerja Transitif  Perbuatan Melampau )

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).

2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: 
Atan mendengar radio.
‑   mendengar ialah kata kerja transitif
‑   radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men‑, men ...i, men ...kan, memper‑, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.
  • Dalam ayat ini - Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.


2. perempuan itu menjual sayur.
  • Dalam ayat ini - Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.


3. Bapa sedang menulis surat.
  • Dalam ayat ini - Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.



Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif Perbuatan tidak Melampau )

Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.




Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
  • Dalam ayat ini - Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.


2. Anjing itu sedang tidur.
  • Dalam ayat ini - Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
  • Dalam ayat ini - Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.



Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

Kata Kerja Tak Transitif
1.  Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

2.  Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: 
(a) Ravi belum datang lagi. 
(b) Murid‑murid sedang belajar. 
(c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya. Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.


Kata Kerja Pasif
1.  Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men‑. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

2.  Ada tiga jenis kata kerja pasif. 
(a) kata kerja pasif diri pertama 
(b) kata kerja pasif diri kedua 
(c) kata kerja pasif diri ketiga

3.  Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku‑. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4.  Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau‑. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.

5.  Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di‑. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

 

Friday, 2 December 2011

Tugasan KRT3013 TMK

1.    Tugasan 1A  - Forum 10%

                  - tarikh akhir 3/10/2011



2.    Tugasan 1B – Esei 20%

Soalannya:

Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses P&P di bilik 
darjah.Sebagai guru di sekolahrendah,jelaskan isu berikut:

1.    Kenalpasti masalah pengajaran di dalam bilik darjah

2.     Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu menyelesaikan masalah dalam (1)

3.    Tugasan  1C – Pembangunan Blog 30% - Blogger

-         Link blog perlu diletakkan dalam MyGuru

-         Markah akan di beri mengikut perkembangan blog

Tarikh akhir 12/Dis/2011