Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/

Wednesday 7 December 2011

SAINS TAHUN 5 MIKROORGANISMA

Apakah itu mikroorganisma?

1. Mikroorganisma adalah benda hidup yang kecil dan hanya boleh dilihat struktur nya melalui Mikroskop


2. Terdapat 4 jenis mikroorganisma yang perlu diketahui dalam topik ini iaitu :-

  • Bakteria
  • Virus 
  • Fungi
  • Protozoa
3. Mikroorganisma hidup di semua bahagian biosfera yang memiliki air cecair, termasuk:
  • tanihmata air panas, dasar lautan;
  • atmosfera di atas; dan
  • batu-batu di dalam kerak bumi.

4.Mikroorganisma sangat penting kepada pengitaran semula nutrien di dalam ekosistem kerana ia bertindak sebagai pereput. Oleh sebab sesetengah mikroorganisma berupaya mengikat nitrogen, ia juga merupakan sebahagian yang penting kepada kitar nitrogen, dengan kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa mikrob bawaan udara mungkin memainkan peranan yang penting dalam kerpasandan cuaca.

Bakteria 

1.Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya.

2.Saiz bakteria adalah antara 0.5 - 10 mikron

3.Bakteria ialah organisma yang sangat kecil.

4.Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya.

5.Bakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga.

6.Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang mencukupi.
7.Bakteria membiak sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor.
8.Kebanyakan bakteria tidak bebahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya.
9.Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman.

Struktur am sel bakteria


Virus
1.Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya.
2.Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria.

3.Terdapat tiga jenis bentuk virus iaitu rod, berudu dan sfera.

4.Saiz virus adalah antara 0.002 - 0.4 mikron.

5.Sifat virus:
  • Hanya boleh hidup dalam sel hidup - semua virus adalah parasit.
  • Di luar sel hidup, virus membentuk hablur.
  • Virus tidak makan, berkumuh, bernafas atau bergerak balas.
6.Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.

Pelbagai bentuk virus


Fungi

1.Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma.

2.Fungi hidup di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita.

3.Fungi membiak daripada spora.

4.Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi.

5.Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop.

6.Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Walau bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.


Protozoa
1.Merupakan mikroorganisma yang terbesar

2.Saiz - antara 5 - 520 mikron.

3.Protozoa ialah organisma akuatik.

4.Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.


Pelbagai jenis protozoa



No comments:

Post a Comment